Ada yang ditugaskan untuk menjaga dan mengacau syura dan ada juga yang dikehendaki berada di dalam dewan untuk mendengar ceramah yang begitu menarik sekali..:)
Asap yang berkepul-kepul menyebabkan ramai yang 'menangis'. Yang rajin membuat kerja tetap rajin dan tolong-menolong antara guru, kakitangan dan pelajar.
Wartawan dari Sinar Harian juga dijemput untuk mengambil gambar dan membuat laporan tentang sambutan yang meriah ini. Walaupun ada yang tersilap wartawan, menyangkakan anak Cikgu Hazani itu sebagai 'Orang Sinar'. Jadi, masing-masing sibuklah ber'posing' bila nampak 'wartawan' palsu ini.
Sebaik sahaja syura masak, acara diteruskan dengan pembahagian syura kepada semua guru, kakitangan dan pelajar.
Majlis tamat dalam pukul 1.00 petang.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memeriahkan lagi majlis ini.
Khusyuk mendengar ceramah
Penceramah jemputan yang amat bersemangat sekali
Pelajar sibuk mengacau syura
Guru-guru juga bersemangat mengacau syura
sibuk membahagikan syura
Haaaa....ni baru 'Orang Sinar' yang betul....ish3...
Sekian....
0 comments:
Post a Comment