Saturday, January 17, 2009 | By: SMK DATO' BIJI WANGSA

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 Dan Asyura Perdana

Pada hari Sabtu, 17 Januari 2009, SMKDBW telah mengadakan Majlis Sambutan Asyura dan Maal Hijrah bertempat di perkarangan sekolah dan padang. Semua guru, kakitangan dan pelajar terlibat dalam menjayakan sambutan tersebut. Acara bermula dengan mengacau syura pada awal pagi lagi. Semua yang terlibat begitu bersemangat dan suasana amat meriah sekali.

Ada yang ditugaskan untuk menjaga dan mengacau syura dan ada juga yang dikehendaki berada di dalam dewan untuk mendengar ceramah yang begitu menarik sekali..:)

Asap yang berkepul-kepul menyebabkan ramai yang 'menangis'. Yang rajin membuat kerja tetap rajin dan tolong-menolong antara guru, kakitangan dan pelajar.

Wartawan dari Sinar Harian juga dijemput untuk mengambil gambar dan membuat laporan tentang sambutan yang meriah ini. Walaupun ada yang tersilap wartawan, menyangkakan anak Cikgu Hazani itu sebagai 'Orang Sinar'. Jadi, masing-masing sibuklah ber'posing' bila nampak 'wartawan' palsu ini.

Sebaik sahaja syura masak, acara diteruskan dengan pembahagian syura kepada semua guru, kakitangan dan pelajar.

Majlis tamat dalam pukul 1.00 petang.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memeriahkan lagi majlis ini.




Khusyuk mendengar ceramah


Penceramah jemputan yang amat bersemangat sekali


Pelajar sibuk mengacau syura

Guru-guru juga bersemangat mengacau syura



sibuk membahagikan syura




Haaaa....ni baru 'Orang Sinar' yang betul....ish3...





Sekian....