Tuesday, May 27, 2008 | By: SMK DATO' BIJI WANGSA

Majlis persaraan Guru Kanan Sains Sosial

Majlis persaraan Guru Kanan Sains Sosial, Pn Hjh Saniah Bt Ismail diadakan pada 22/5/08.
Majlis diadakan selepas sambutan Hari Guru. Pn Saniah menandatangani Buku Persaraan pada hari tersebut. Pemberian hadiah oleh para guru dan pelajar. Majlis diakhiri dengan para pelajar bersalaman dengan Pn Hjh Saniah sebelum bertolak pulang.
Semuga Pn Hjh Saniah bergembira bersama keluarga.

HARI GURU

Hari Guru SMK Dato' Biji Wangsa disambut pada 22/5/08 dengan meriahnya. Urus Setia pada hari itu dilaksanakan oleh Pertina. Acara dimulakan dengan perarakan masuk para guru dengan diiringi pasukan bunga manggar dan payung berhias.
Persembahan oleh para pelajar dalam bentuk syair, seloka, nasyid dan dikir barat. Guru juga mempersembahkan bakat masing-masing dalam mendeklamasikan sajak. Nyanyian lagu " Guru Malaysia" berkumandang di dewan Sri Wangsa dialunkan oleh para guru.
Acara diakhiri dengan pemberian hadiah oleh para pelajar kepada guru.