Sunday, October 26, 2008 | By: SMK DATO' BIJI WANGSA

Anugerah Kualiti 2008


Pada 23/10/2008, sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Kualiti Pelajar peringkat sekolah. Anugerah yang diberikan ialah Tokoh Akademik, Kokurikulum, Inovatif, Ceria, Sopan, Harapan SPM dan PMR serta beberapa anugerah lagi.

Penilaian Boss


SMK Dato' Biji Wangsa menerima penilai dari KPM untuk mendapat tempat antara pertama hingga kelima. Sambutan diadakan dengan gemilangnya.

Juara Catan Kebangsaan


Mohd Shahadam B telah menjuarai pertandingan catan peringkat kebangsaan di kem seni visual.
Friday, October 17, 2008 | By: SMK DATO' BIJI WANGSA

Pameran F1



Pihak Petronas datang dengan trailer dan mempamerkan kereta F1 sebenar di hadapan Dewan Sri Wangsa, SMK Dato' Biji Wangsa. Tayangan video lumba kereta juga dipertontonkan didalam trailer tersebut. Semua penonton mesti memakai spek yang disediakan. Sekolah-sekolah yang berdekatan juga dijemput untuk melihat pameran.

Pengetua Pn Hjh Fauziah Bt Abd Rahman



SMK Dato' Biji Wangsa menerima kedatangan Pengetua Baru, Pn Hjh Fauziah Bt Abd Rahman.
Tuesday, May 27, 2008 | By: SMK DATO' BIJI WANGSA

Majlis persaraan Guru Kanan Sains Sosial

Majlis persaraan Guru Kanan Sains Sosial, Pn Hjh Saniah Bt Ismail diadakan pada 22/5/08.
Majlis diadakan selepas sambutan Hari Guru. Pn Saniah menandatangani Buku Persaraan pada hari tersebut. Pemberian hadiah oleh para guru dan pelajar. Majlis diakhiri dengan para pelajar bersalaman dengan Pn Hjh Saniah sebelum bertolak pulang.
Semuga Pn Hjh Saniah bergembira bersama keluarga.

HARI GURU

Hari Guru SMK Dato' Biji Wangsa disambut pada 22/5/08 dengan meriahnya. Urus Setia pada hari itu dilaksanakan oleh Pertina. Acara dimulakan dengan perarakan masuk para guru dengan diiringi pasukan bunga manggar dan payung berhias.
Persembahan oleh para pelajar dalam bentuk syair, seloka, nasyid dan dikir barat. Guru juga mempersembahkan bakat masing-masing dalam mendeklamasikan sajak. Nyanyian lagu " Guru Malaysia" berkumandang di dewan Sri Wangsa dialunkan oleh para guru.
Acara diakhiri dengan pemberian hadiah oleh para pelajar kepada guru.
Friday, April 18, 2008 | By: SMK DATO' BIJI WANGSA

Sahsiah Diri dan Keceriaan Taman

Tarikh : 14 April 2008
Masa : 7.45 hingga 8.25
Tempat : Dewan Sri Wangsa


Semua pelajar perempuan mendengar taklimat menegenai kebersihan dari segi rohani dan jasmani yang disampaikan oleh guru wanita. Manakala pelajar lelaki menceriakan taman.
Thursday, April 17, 2008 | By: SMK DATO' BIJI WANGSA

SEMINAR MOTIVASI DAN STRATEGI BIJAK BELAJAR

Tarikh : 5, 6, 7 Mei 2008
Masa : 7.45 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Sri Wangsa
Sasaran : Semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 4


Unit UKA Pra PMR dan Pra SPM menganjurkan Seminar Motivasi dan Strategi Bijak Belajar sebagai pengukuhan menghadapi peperiksaan akhir 2008 dan pesediaan awal menghadapi pepriksaan PMR dan SPM.